Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri (PMSI)

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam usaha membudayakan STEM dalam PdP di sekolah, penggunakan pendekatan inkuiri penemuan boleh digunakan oleh guru Matematik. Really? Mungkin sebelum ini kita pernah kita selalu dengar pendekatan inkuiri penemuan dalam Sains. Tetapi selaras dengan perkembangan bidang STEM, pendekatan inkuiri penemuan ini sebenarnya boleh diubahsuai dan digunapakai dalam pembelajaran Matematik dan dinamakan sebagai Pembelajaran Matematik Secara Inquiry (PMSI) atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Inquiry-Based Mathematics Education (IBME).



Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri

Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri membolehkan murid membuat eksplorasi untuk memahami sesuatu konsep Matematik. Pendekatan inkuiri adalah berbeza dengan dengan kaedah pengajaran tradisional, yang melibatkan proses murid menerima input daripada penerangan guru. embelajaran Matematik Secara Inkuiri adalah selari dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang begitu menekankan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid.



Tahap-tahap Pembelajaran Inkuiri

Terdapat beberapa tahap yang berbeza dalam pembelajaran secara inkuiri. Tahap-tahap ini perlulah disesuaikan dengan latar belakang murid masing-masing.

Terdapat empat tahap inkuiri iaitu:

  • Confirmation inquiry - tahap ini membolehkan murid mengesahkan / membuktikan pengetahuan yang telah dipelajari. Murid diberikan soalan tugasan, prosedur dan kesimpulan. Mereka akan membuktikan sahaja sama ada kesimpulan tersebut benar atau palsu.  
  • Structured inquiry - tahap ini murid diberikan soalan tugasan beserta prosedur, namun perlu membuat kesimpulan berdasarkan eksperimen yang murid jalankan. 
  • Guided inquiry - tahap ini pula, murid hanya diberikan soalan tuagas. Namun, prosedur perlu difikirkan sendiri untuk ke arah membentuk kesimpulan yang berfakta.
  • Open inquiry - ini merupakan tahap tertinggi di mana murid mencipta soalan mereka sendiri, memikirkan prosedur yang sesuai ke arah membentuk kesimpulan yang berfakta.



Model 5E dalam Pembelajaran Inkuiri

Untuk merancang Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri, guru-guru perlulah menggunakan Model 5E; Engage, Explore, Explain, Elaborate dan Evaluate

  1. Engage - fasa untuk menyediakan murid dengan cara mengaitkan kemahiran pengetahuan sedia ada dengan persoalan tugasan yang menjurus kepada konsep / kemahiran yang murid bakal terokai. 
  2. Explore - fasa kedua ini adalah untuk guru memberikan ruang kepada murid menerokai konsep / kemahiran matematik secara hands-on. Peranan guru pada ketika ini hanya sebagai fasilitator. 
  3. Explain - pada fasa ketiga ini, guru boleh menggalakkan murid menerangkan pemahaman mereka melalui penerokaan yang telah dibuat. Guru boleh bertanya soalan kepada murid untuk menjurus kepada kefahaman yang sepatutnya dicapai.
  4. Elaborate - pada fasa keempat ini, murid akan mengaplikasi kefahaman mereka yang diterjemahkan kepada formula atau konsep yang berkaitan.
  5. Evaluate - fasa terakhir ini pula untuk menilai kefahaman murid melalui pentaksiran formatif ataupun sumatif. 


Begitulah serba ringkas berkenaan Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri. Semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu memberi kefahaman tentang konsep pembelajaran secara inkuiri ini.

InsyaAllah pada masa akan datang, saya akan kongsikan contoh aktiviti pembelajaran Matematik secara inkuiri.

Semoga bermanfaat untuk anda.

Cikgu Ridzuan Al-Kindy

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(365)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top