Salam Perkenalan dari Cikgu Ridzuan Al-Kindy

Cikgu Ridzuan Al-Kindy

Cikgu Ridzuan Al-Kindy atau nama sebenar Mohd Ridzuan bin Mohd Taib merupakan seorang guru Matematik di salah sebuah sekolah di PPD Kulim Bandar Baharu, Kedah Aman.

Nama Ridzuan Al-Kindy ini digunakan semenjak saya memulakan aktiviti menulis blog sejak Tingkatan 4 di sekolah menengah. Saya mengambil nama Al-Kindy sempena nama kelas saya pada ketika itu. Maka terjadinya nama Ridzuan Al-Kindy pada ketika itu. Pada ketika itu saya menggunakan  Blogdrive sebagai platform penulisan blog.

Seterusnya saya meneruskan cita-cita sebagai guru dengan melanjutkan pelajaran di IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang Matematik Pendidikan Rendah. Aktiviti penulisan blog diteruskan melalui platform Blogger mulai 2008 sehinggalah kini. Begitulah nama Cikgu Ridzuan Al-Kindy wujud dan digunakan hingga kini.

Namun pada Julai 2021, secara tiba-tiba blog asal saya (https://cikgualkindy.blogspot.com) di kunci dan dibuang (locked and removed) oleh Google. Bermula pada saat itu, tanpa bertangguh saya memulakan semula aktiviti penulisan blog dengan domain https://www.cikguridzuan.com walaupun kecewa dan sedih kerana blog yang ditulis untuk sekian lamanya hilang begitu sahaja. Banyak coretan pengalaman dan perkongsian yang telah saya tulis dalam blog yang sebelum ini. Namun, saya redha dengan ketentuan ini. Mungkin ada hikmah yang tersirat di sebalik kejadian ini. 

Biodata Ringkas, Penglibatan, Sumbangan dan Pencapaian




Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di FB Messenger: 
http://m.me/mridzuan.mt 

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(365)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top