Header Ads Widget

MIE Expert 2021 - 2022 oleh Microsoft Worldwide Education

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Alhamdulillah pada 3 September 2021, Microsoft WorldWide Education (MicrosoftEDU) telah mengumumkan senarai nama pendidikan yang dinobatkan sebagai Microsoft Innovative Educator Expert (MIE Expert / MIEE) dan Microsoft Showcase School (MSS) untuk sesi 2021 - 2022. Saya merupakan salah seorang daripada 360 orang MIE Expert 2021 - 2022 dari Malaysia yang terpilih. Manakala 5 buah sekolah di Malaysia telah terpilih sebagai MSS 2021 -2022.



Untuk mendapatkan senarai penuh MIEE dan MSS, boleh muat turun daripada pautan di bawah:



Tahniah diucapkan kepada semua MIEE dan MSS. 

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan seting-tinggi penghargaan buat Pn Fairus Nadira Zainal selaku LSS Microsoft Malaysia, En Zulhilmi Ahmad, Pn Shida dari Microsoft Malaysia, Dr Azma dan famili Admin Digital Classroom Malaysia yang banyak membantu memberi tunjuk ajar. Tidak dilupakan En Ahmad Shahir Abdullah, KPP SSTP Kedah, para pegawai SSTP Kedah, para pegawai USTP PPD KBB dan rakan-rakan SK Jalan Selama atas sokongan dan bantuan kalian. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian. 

InsyaAllah sama-sama gerakkan usaha untuk memperbanyak penggunaan teknologi digital dan membantu lebih ramai guru dan murid untuk menggunakan teknologi dalam pendidikan  di Malaysia. 

Semoga bermanfaat untuk anda.

Cikgu Ridzuan Al-Kindy

Catat Ulasan

0 Ulasan