Webinar Teknik Asas Greenscreen dan OBS

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana pada 18 Jun 2021 yang lepas, saya berpeluang membuat perkongsian di dalam Siri Webinar Kreatif PdPR anjuran Kedah Digital Centre (KDC) dengan kerjasama Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dan Digital Classroom Malaysia (DC). 



Mengenai KDC

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah KDC ini sebenarnya? KDC bermula dengan penubuhan Kedah Digital Transformation Centre (KDTC), hasil daripada cadangan projek Quick Win Sektor ICT di dalam Pelan Transformasi Kedah 2014-2018. KDTC mula beroperasi pada Mac 2015 dan telah dirasmikan pada 13 Ogos 2015 oleh YAB Dato Seri Hj. Mukhriz Bin Mahathir, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman. Pada tahun 2019, KDTC telah dijenamakan semula sebagai Kedah Digital Centre (KDC) dan melebarkan sayapnya dengan penambahan pusat latihan baru di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kulim Kedah. 


Persiapan Menghadapi Masalah Teknikal Ketika Live

Pada siri webinar kali ini, kami menggunakan platform Streamyard bagi memudahkan proses stream ke Facebook Kedah Digital Centre (KDC) berbanding menggunakan aplikasi Microsoft Team meeting. Ini adalah bertujuan untuk melibatkan lebih ramai peserta. Alhamdulillah, sesi perkongsian webinar berjalan lancar pada awalnya. Semasa di tengah-tengah sesi live, terdapat sedikit masalah teknikal yang dihadapi. Laptop saya 'hang' ketika saya ingin menunjukkan penggunaan aplikasi SplitCam secara hands-on. Hal ini disebabkan saya telah membuka terlalu banyak aplikasi yang menggunakan sumber RAM yang lebih iaitu Streamyard, Slaid PowerPoint, Pdf Reader dan juga aplikasi SplitCam yang merupakan sebahagian daripada aplikasi utama yang dikongsikan dalam sesi ini. 

Namun, saya telahpun bersiap sedia dengan Plan B dengan menggunakan slaid sepenuhnya. Di dalam slaid tersebut, saya telah sediakan langkah demi langkah capa penggunaan aplikasi SplitCam dengan mengaplikasikan teknik greenscreen yang telah diterangkan pada awal sesi. Inilah masalah teknikal yang mungkin boleh berlaku pada sesi live pada sesiapapun. Namun, sebagai persiapan awal, pelan sokongan perlu dirancang agar sesi live tidak terganggu kerana masalah teknikal seumpama ini. 


Bahan Sesi Webinar Teknik Asas Greenscreen dan OBS

Bagi yang terlepas sesi live yang diadakan, anda masih boleh menonton rakaman sesi yang diadakan melalui Facebook Kedah Digital Centre:



Bagi yang ingin mendapatkan slaid sesi, anda bleh dapatkan di Rak Buku Digital Cikgu Ridzuan Al-Kindy:




Semoga bermanfaat untuk anda.

Cikgu Ridzuan Al-Kindy

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(365)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top