Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, pada 11 Mac 2021 yang lepas saya telah dijemput untuk berkongsikan sedikit ilmu berkenaan penggunaan Microsoft Teams bersempena dengan program Microsoft Drive-thru Virtual Event anjuran Microsoft Malaysia untuk menyokong penggunaan portal DELIMa, sebuah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia. Tajuk yang diamanahkan kepada saya ialah Engaging in Teaching Best Practices with PLC Teams.
Microsoft Teams untuk PLC Dalam Kalangan Guru
Selain untuk pengurusan pembelajaran (Class Teams) dan pengurusan organisasi (Staff Teams), aplikasi Microsoft Teams juga boleh digunakan sebagai aplikasi untuk menguruskan Professional Learning Community (PLC) dalam kalangan warga pendidikan, khususnya guru. Dalam aplikasi Microsoft Teams, kita boleh membuat perbincangan, panggilan video, berkongsi fail, berkolaborasi untuk sunting (edit) dokumen (Word, Excel, PowerPoint) bersama-sama serta membuat fail secara digital menggunakan PLC Notebook.
Dengan fungsi-fungsi ini, guru-guru dapat menjadikan menjalankan PLC bersesuaian dengan keperluan masing-masing, antaranya:
- PLC Panitia / Pengurusan Panitia Sekolah
- Perkongsian Pintar Antara Guru Sekolah / Zon / Daerah
- Kumpulan Guru Mata Pelajaran Daerah / Negeri
- Kumpulan Jurulatih Utama Daerah / Negeri
- Kumpulan Guru Penasihat Unit Beruniform Daerah / Negeri
dan sebagainya.
Bagi para pembaca yang berminat untuk mempelajari bagaimana untuk menjalankan PLC menggunakan PLC Teams dalam aplikasi Microsoft Teams, bolehlah menonton rakaman sesi Microsoft Drive-thru Virtual Event - Engaging in Teaching Best Practices with PLC Teams pada pautan video di bawah:
Pautan video: https://youtu.be/NgBU9QqgV8o
Bagi yang berminat untuk mendapatkan slaid sesi perkongsian tersebut, boleh muat turun di bawah:
Sekian sahaja perkongsian kali ini. InsyaAllah akan disambung nanti.
Mohon share dan tinggalkan komen di bawah.
Terima kasih.
Semoga bermanfaat untuk anda.