Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada 8 Mei 2021, 11:30 pagi yang lepas, saya sempat kongsikan sedikit panduan bagaimana untuk laksanakan PdPR menggunakan Microsoft Teams @ DELIMa KPM. Antara yang sempat saya kongsikan adalah pengenalan ringkas tentang Microsoft Teams sebagai Learning Management System (LMS), bagaimana fungsi-fungsi dalam aplikasi Microsoft Teams ini dapat membantu guru-guru melaksanakan PdPR serta tips dan trick menggunakan fungsi-fungsi secara langkah demi langkah.
Bagi rakan-rakan yang terlepas sesi tersebut, anda masih boleh menonton rakaman sesi:
Pautan terus ke YouTube: https://youtu.be/OYHjUo2Wwz0
Dan sebagai panduan rakan-rakan, anda boleh muat turun slaid perkongsian saya (yang saya jadikan e-buku / e-book) di pautan berikut: http://online.anyflip.com/bowgs/srvo
Sekian sahaja perkongsian kali ini. InsyaAllah akan disambung nanti. Mohon share dan tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.
Semoga bermanfaat untuk anda.