Surface Pro 7+; Sebuah Peranti Hybrid Terkini Daripada Microsoft

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Apakah Surface? Mungkin ada yang baru pertama kali mendengar perkataan Surface. Surface merupakan peranti berupa laptop / komputer yang dihasilkan oleh Microsoft. Terdapat banyak jenis produk Surface termasuklah Surface Pro, Surface Go, Surface Book, Surface Laptop Go dan banyak lagi. Namun. untuk perkongsian saya hari ini, saya akan terangkan tentang Surface Pro 7+ (ringkasannya SP7+) yang telah saya gunakan hampir sebulan. 



SP7+ merupakan sebuah peranti Surface Pro generasi ke-8, setelah 7 keluaran sebelum ini (Surface Pro 1 hingga Surface Pro 7). Namun, apa yang sangat menarik tentang SP7+ ini adalah ianya dikeluarkan hanya dalam versi Commercial dan Education sahaja, tetapi tidak dikeluarkan versi Consumer. Ini bermaksud ianya tidak dijual di pasaraya (contohnya Seng Heng) atau mana-mana online shopping seperti Lazada dan Shoppee. Sebaliknya ianya hanya dibekalkan oleh reseller yang dilantik untuk menjual peranti versi Commercial dan Education seperti AR EDUTECH



Kelebihan SP7+ daripada Microsoft

SP7+ ini didatangkan dengan beberapa ciri menarik yang dinaik taraf dari versi sebelumnya antaranya ialah:

  • Cip pemprosesan Intel yang 2.1 kali lebih laju daripada generasi sebelumnya. Dalam SP7+ ini, ianya didatangkan dengan cip pemprosesan generasi ke 11. 
  • SSD yang boleh dinaik taraf di mana terdapat penutup khusus untuk membuka SSD dan memudahkan proses naik taraf SSD di masa akan datang. 
  • Fungsi bateri yang dipertingkatkan di mana membolehkan penggunaan sehingga 15 jam atau 13.5 jam penggunakan bagi versi LTE 


Mengapa SP7+ menjadi pilihan?

Saya memilih untuk menggunakan SP7+ atas beberapa faktor antaranya:

  • Peranti hybrid - SP7+ merupakan sebuah peranti hybrid yang memudahkan kerja-kerja saya sebagai seorang guru. SP7+ berfungsi sebagai laptop biasa dengan type cover yang dibekalkan (laptop mode). Namun, untuk saya menggunakan sebagai tablet (tablet mode), saya hanya perlu cabutkan sahaja type cover dan gunakan fungsi touch sreen untuk melayari internet. Namun, untuk kerja-kerja yang melibatkan digital ink, saya boleh turunkan kick stand hingga rapat untuk memudahkan saya menyemak tugasan atau menulis dalam aplikasi OneNote (studio mode). Satu lagi mod ialah desktop mode yang memerlukan pembelian Surface Dock untuk menukar fungsi Surface kepada workstation. Secara ringkaskan keempat-empat mod penggunaan ini menjadikan SP7+ sebuah peranti hybrid.
4  mod penggunaan Surface Pro 7+


  • SP7+ menggunakan sistem operasi (OS) Windows 10 Pro. Dengan menggunakan Windows 10 Pro, banyak aplikasi yang boleh dipasang sama ada melalui Microsoft Store ataupun installer yang dimuat turun daripada internet. Melalui Microsoft Store, terdapat ribuan aplikasi yang boleh didapatkan secara percuma ataupun berbayar. Contoh aplikasi percuma yang boleh dimuat turun ialah Drawboard Pdf - untuk menggunakan digital ink pada fail pdf, WhatsApp, Telegram Desktop dan sebagainya. Tambahan pula, banyak aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun aplikasi yang menyokong platform Windows sekian lamanya (misalnya Adobe, Wondershare dan sebagainya). Tinggal untuk pilih antara aplikasi percuma ataupun berbayar. Untuk makluman semua pembaca, Surface Pro 7+ layak menerima kemaskini Windows 11 secara percuma nanti oleh Microsoft.

Microsoft Store - ribuan aplikasi percuma dan berbayar yang boleh didapatkan. 

  • Ringan dan berkuasa - SP7+ ini merupakan sebuah peranti yang ringan dan mudah dibawa. Isteri saya yang baru menggunakan Surface pun merasa wow dengan Surface yang ringan. Katanya, mudah nak letak dalam beg tangan jika nak bergerak ke mana-mana nanti misalnya nak ke sekolah ataupun berjumpa supervisor untuk bimbingan tesis (banyangan pasca pandemik, doakan semoga pandemik cepat hilang). Tambahan pula, dengan chip pemprosesan Intel Core i3 / i5 / i7, tugasan menggunakan Surface akan lebih memudahkan misalnya untuk menyunting video menggunakan aplikasi Wondershare Filmora, analisis data menggunakan SPSS, penyuntingan imej menggunakan Adobe Photoshop, melakar menggunakan aplikasi Sktech ataupun menyediakan nota belajar menggunakan aplikasi OneNote . Semuanya dapat dilaksanakan dengan baik dengan SP7+.

Menggunakan Surface Pen dalam aplikasi OneNote untuk menyediakan panduan jawapan untuk PdPR


Demikian sedikit sebanyak yang sempat saya kongsikan dalam penulisan kali ini. Bagi yang nak tahu lebih lanjut lagi tentang Surface atau nak merisik harga Surface, boleh hubungi saya melalui WhatsApp http://surface4me.wasap.my

Bagi yang berminat untuk membuat pembacaan lanjut tentang Surface Pro 7+ di laman web Microsoft, anda boleh klik di sini: Surface Pro 7+: Portable 2-in-1 Business Laptop - Microsoft Surface for Business

Terima kasih. Semoga perkongsian saya bermanfaat. 

Cikgu Ridzuan Al-Kindy

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(365)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top