Penghasilan Poster Menggunakan Canva

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pada kali ini, ingin saya kongsikan berkenaan suatu aplikasi yang boleh membantu dalam mereka bentuk bahan multimedia yang sangat menarik. Aplikasi yang dimaksudkan ialah Canva. Dengan aplikasi Canva ini kita boleh mereka bentuk bahan seperti poster, banner, kad jemputan, flyer, brosur dan banyak lagi secara percuma (Canva) ataupun berbayar (Canva Pro). 


Pelbagai bahan yang dapat dihasilkan melalui aplikasi Canva

Canva vs Canva Pro



    Apakah perbezaan antara versi percuma dan berbayar? Dari segi fungsi, Canva menawarkan fungsi suntingan yang sama dengan Canva Pro. Namun, perbezaan yang paling besar ialah setiap imej dan elemen multimedia yang ditambahkan dalam penghasilan rekaan (design) mempunyai watermark Canva

    Dari segi cara berkongsi hasil design pula, kita hanya boleh memuat turun hasil rekaan dalam bentuk imej (*.png atau *.jpg), imej bergerak (*.gif), video pendek (*.mp4) dan dalam PDF saiz standard sahaja. Namun, dalam versiCanva Pro pula, terdapat beberapa cara berkongsi hasil rekaan yang ditambah iaitu PDF beresolusi tinggi dan animasi. 

    Namun, bagi mana-mana guru atau murid yang mempunyai ID pendidikan (contohnya ID DELIMa), anda boleh mendapatkan Canva Education yang hampir menyamai fungsi Canva Pro. 

Untuk mengaktifkan, sila layari: Create and Collaborate | Canva for Education



Tutorial Penghasilan Poster Menggunakan Canva

Pada 30 April 2020 yang lepas, saya menerima undangan daripada Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), JPN Kedah untuk menyampaikan perkongsian melalui Siri Webinar Guru Perpustakaan dan Media Negeri Kedah. Tajuk yang telah saya kongsikan dalam webinar tersebuit adalah Penghasilan Poster Menggunakan Canva. Berikut merupakan rakaman sesi webinar tersebut:



Bagi yang berminat untuk mendapatkan salinan Nota Penghasilan Poster Menggunakan Canva, boleh klik pada link di bawah:




Semoga bermanfaat untuk anda.

Cikgu Ridzuan Al-Kindy

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(365)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top