Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Menurut beliau lagi, semasa pandemik melanda Malaysia, murid-murid tidak dapat meneruskan pembelajaran secara bersemuka di sekolah. Namun, teknologi digitallah antaranya yang membantu menyelesaikan masalah defisit pembelajaran semasa PdPR. Guru-guru di Malaysia dengan pantasnya beradaptasi dengan cabaran norma baharu ini sehinggakan ada yang menjadi Youtubers, pencipta kandungan digital dan pencetus pembelajaran digital yang sangat membantu demi memastikan anak-anak didik tidak tercicir dalam pembelajaran. Tidak dinafikan terdapat juga anak-anak yang tiada kemampuan untuk mengikuti PdPR lantaran ketiadaan peranti dan data. Namun, sumber sedia ada seperti buku teks, buku aktiviti dan walaupun hanya melalui WhatsApp / SMS sewajarnya perlu dimanfaatkan supaya anak-anak dapat terus belajar.
Ucapan Tuan Pengarah cukup menyuntik semangat kepada kami ahli pasukan Cikgu Digital Kedah. Sesungguhnya perjuangan untuk membantu guru-guru dan murid-murid di Kedah khususnya dan di Malaysia amnya ke arah pembelajaran digital perlu diteruskan dan digembleng agar bidang pendidikan di Malaysia diangkat ke arah yang selari dengan pendidikan di negara maju yang lain. Semoga teknologi digital ini dapat memandu kita para pendidikan dan warga pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan yang lebih baik.
Video FilmForth Penyerahan Watikah Pasukan Cikgu Digital Kedah (CDiK)
oleh Tn Ahmad Shahir, KPP SSTP Kedah:
Semoga bermanfaat untuk anda.