Gamifikasi, Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbuh (AR) dalam Matematik

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, pada 28 April 2019 yang lepas, cikgu berkesempatan untuk menyertai Karnival STEM (KaSTEM) SK Sungai Salleh 2019. KaSTEM merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh SK Sungai Salleh yang melibatkan penyertaan sekolah-sekolah dari empat buah negeri, iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis. 




Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Catapult Challenge, Roket Air Kreatif, Pertandingan Gol ke Mercu dan pelbagai pameran yang berkaitan dengan bidang STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics). Terdapat juga gerai jualan makanan dan minuman serta cabutan bertuah. 

Dalam KaSTEM ini, cikgu diberi peluang untuk terlibat dalam pameran Inovasi STEM. Dalam tempoh dua minggu persiapan, cikgu dapat mengumpul bahan dan maklumat berkaitan tajuk pameran cikgu, iaitu Gamifikasi, Realiti Maya (VR) dan Augmentasi Realiti (AR) dalam Matematik.



Gamifikasi dalam Matematik

Secara ringkasnya gamifikasi ialah penggunaan permainan yang mempunyai unsur-unsur reka bentuk bagi meransang dan memberikan motivasi dalam pembelajaran (Sebastian, et al., 2011; Hussain, Tan & Idris, 2014). Permainan yang digunakan ini bukanlah semata-mata unsur keseronokan, tetapi adalah lebih kepada pembinaan kemahiran pembelajaran tertentu melalui permainan yang digunakan. Pendekatan gamifikasi ini juga dikenali sebagai Games Based Learning (GBL).

Gamifikasi juga adalah salah satu pembelajaran melalui kaedah pemusatan pelajar yang dapat menarik minat dan menggalakkan pelajar dalam bidang pendidikan (Figueroa Flores, 2015; Simoes et al., 2013). Antara faedah daripada penggunaan gamifikasi dalam Matematik adalah:




Salah satu aplikasi gamifikasi dalam pembelajaran Matematik yang mampu menarik minat murid adalah Minecraft: Education Edition. Dalam aplikais ini, murid-murid dapat menerokai dunia (world) bagi menyesaikan tugasan berasaskan tajuk-tajuk Matematik yang disetkan oleh guru terlebih dahulu. 





Realiti Maya (VR) dan Augmentasi Realiti (AR)

Realiti Maya (VR) adalah penggabungan grafik 3 dimensi, gerakbalas audio, psikologi dan perisian khas untuk menghasilkan persekitaran “realiti” yang dijanakan oleh komputer secara interaktif yang menyerupai persekitaran sebenar (Dayana Farzeeha Binti Ali & Dr. Mohd Safarin B. Nordin, 2009).

Contoh aplikasi yang melibatkan VR:



Augmentasi Realiti (AR) adalah proses yang menggabungkan objek maya ke dalam dunia nyata yang bersifat interaktif secara realiti dengan bentuk animasi 2D dan 3D (Heilig, Ronald Azuman, 1997).

Contoh aplikasi yang melibatkan AR:



Demikianlah penerangan secara ringkas intipati pameran yang telah dibuat sempena KaSTEM SK Sungai Salleh. Bagi yang berminat untuk mendapatkan brosur dan slaid yang digunakan, bolehlah muat turun pada pautan di bawah.

Brosur Edaran

Slaid Bahan 

Semoga bermanfaat untuk anda.

Cikgu Ridzuan Al-Kindy

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(365)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top