Pendekatan Modular Dalam Kurikulum Matematik - KSSR (Semakan 2017)

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada beberapa tahun yang lepas, saya telah mengikuti Bengkel Penyelarasan Peringkat Negeri Kedah bagi Penyebaran KSSR Semakan 2017 untuk Matematik Tahun 3 yang akan dilaksanakan bermula Januari 2019. Terdapat banyak input yang diperolehi daripada Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK). Antara topik yang sangat ditekankan adalah Pendekatan Modular dalam Pembelajaran Matematik. 

Pendekatan modular merupakan suatu pendekatan yang telah sekian lamanya telah digunakan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Secara ringkasnya modular membawa maksud suatu bidang ilmu yang dipecahkan kepada beberapa topik kecil bagi memudahkan penyampaian dan pemahaman penerima ilmu tersebut. Namun, Bahagian Perkembangan Kurikulum mendifinisikan modular secara lebih terperinci.

Konsep Kurikulum Modular (Sumber: BPK, 2017)

Prinsip Pelaksanaan Kurikulum Modular (Sumber: BPK, 2017)

Pelaksanaan kurikulum modular ini berasaskan empat prinsip seperti yang dinyatakan di atas, iaitu berpusatkan murid, kesepaduan, linear / tak linear dan fleksibel. Dengan pelaksanaan kurikulum modular ini, ianya dapat memberi ruang kepada para pendidik untuk membuat penyesuaian dalam penyampaian isi pembelajaran kepada kumpulan sasaran yang tertentu. 


Pendekatan Modular Merentas Bidang Pembelajaran Matematik

BPK selaku badan berwajib telahpun menyusun Kurikulum Matematik berdasarkan tiga skop utama iaitu Nombor, Operasi dan Aplikasi. Ketiga-tiga skop ini adalah merangkumi lima bidang pembelajaran Matematik, iaitu:
  1. Nombor dan Operasi
  2. Sukatan dan Geometri
  3. Perkaitan dan Algebra
  4. Statistik dan Kebarangkalian
  5. Matematik Deskret




Kelima-lima bidang pembelajaran Matematik diperincikan mengikut tajuk-tajuk yang perlu dipelajari oleh murid-murid di sekolah rendah.

Kandungan matematik dalam kesemua lima bidang pembelajaran di sekolah rendah

Dalam pembelajaran Matematik menggunakan pendekatan modular, guru berpeluang menggabungkan kemahiran-kemahiran Matematik dalam bidang yang sama mahupun merentas bidang pembelajaran. 

Contoh Pendekatan Modular Dalam Pembelajaran Matematik

Untuk tujuan penerangan contoh, penulis kemukakan hanya dua contoh penggunaan pendekatan modular sebagai panduan bersama. 

Contoh 1 (dalam bidang pembelajaran yang sama)

Contoh 2 (merentas bidang pembelajaran)

Demikianlah sedikit penerangan yang sempat dikongsikan. Diharapkan agar dapat memahami konsep pendekatan modular yang telah ditekankan oleh KPM sejak pelaksanaan KSSR Semakan bermula pada tahun 2017 lagi.

Semoga bermanfaat untuk anda.

Cikgu Ridzuan Al-Kindy

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(365)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top