Slaid PowerPoint Interaktif Menggunakan ClassPoint (Bahagian 1)

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rata-rata para guru sememangnya telah terbiasa menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint dalam menyediakan bahan untuk PdP / PdPR. Aplikasi PowerPoint merupakan suatu aplikasi keluaran Microsoft yang membolehkan kita menyediakan bahan dalam bentuk slaid daripada templat yang pelbagai. Selain itu, kita boleh menambah masuk teks, imej, video serta bahan-bahan media yang lain. Slaid-slaid yang dihasilkan juga boleh ditambahkan dengan transition, animasi serta pergerakan sinematik pada objek-objek yang dimasukkan ke dalam slaid. Dengan Microsoft PowerPoint 365 yang terkini, fungsi Designer membolehkan PowerPoint membantu anda untuk mencadangkan reka bentuk (design) yang sangat menarik untuk dipilih berdasarkan bahan media yang anda masukkan. Fungsi Designer ini merupakan satu teknologi AI yang dibangunkan oleh Microsoft. Dengan fungsi-fungsi ini, anda boleh mereka bentuk bahan PdP / PdPR yang wow untuk menarik minat murid anda.


Aplikasi ClassPoint Sebagai Pelengkap Ms PowerPoint



Tahukah anda bahawa terdapat satu aplikasi yang sangat menarik yang boleh dipasang sebagai add-on kepada aplikasi Microsoft PowerPoint sedia ada? Aplikasi tersebut ialah aplikasi ClassPoint. Dengan aplikasi ClassPoint, anda boleh menjadikan slaid persembahan PowerPoint anda menjadi lebih interaktif dengan cara menambahkan elemen kuiz interaktif ke dalam slaid persembahan anda. Justeru, penggunaan slaid persembahan interaktif ini dapat membantu para guru mendapatkan penglibatan (engagement)yang lebih baik dengan murid semasa sesi PdP / PdPR. 


Langganan dan Cara Pemasangan ClassPoint Pada Peranti Guru

Aplikasi ClassPoint ini mempunyai pelan percuma dan berbayar. Untuk pelan percuma, kita boleh menggunakan kesemua fungsi terhad hanya dalam 5 slaid sahaja dan hanya boleh melibatkan 25 orang murid dalam satu sesi. Manakala untuk pelan berbayar iaitu ClassPoint Pro, kesemua fungsi boleh digunakan tanpa sebarang had bilangan slaid dan boleh melibatkan hingga 200 orang murid dalam setiap sesi. Pelan berbayar atau percuma, terserah kepada keperluan anda. Namun, untuk permulaan, anda boleh mencuba dengan pelan percuma terlebih dahulu. Terdapat juga pelan custom yang disediakan untuk pengguna yang melanggan di bawah organisasi sekolah. Namun, untuk pelan ini perlulah berhubung dengan pihak ClassPoint untuk mendapatkan sebut harga. 


Untuk pemasangan, hanya peranti guru yang perlu dipasang dengan aplikasi ClassPoint ini. Aplikasi ini hanya boleh dipasang dalam sistem operasi Windows 7 dan ke atas sahaja. Manakala, keperluan minimum untuk perisian Office adalah Office 2013 dan ke atas. Jika komputer / laptop anda memenuhi keperluan minimum ini, anda boleh menggunakan aplikasi ini. Buat masa ini, hanya peranti yang menggunakan OS Windows sahaja yang disokong oleh aplikasi ini. Untuk peranti yang menggunakan Android, iOS, iPad OS dan selain Windows, ianya masih belum disokong buat masa ini. 

Untuk memulakan pemasangan, anda boleh melayari URL berikut: Download ClassPoint

Anda akan diminta memasukkan nama dan email anda untuk tujuan pendaftaran. Setelah itu, secara automatik proses muat turun akan bermula. Setelah selesai mua turun, anda boleh memulakan pemasangan. 


Proses pemasangan adalah seperti pemasangan aplikasi yang lain iaitu run fail installer tersebut dan ikuti arahan pemasangan sehingga selesai. 


Proses pemasangan berjaya apabila anda dapat melihat tab Inknoe ClassPoint dalam aplikasi PowerPoint anda seperti rajah di bawah. 


Fungsi-fungsi Aplikasi ClassPoint


Rajah di atas merupakan antara muka add-on Inknoe ClassPoint yang terdapat dalam aplikasi PowerPoint. Berikut acara penerangan ringkas setiap fungsi yang ada:

  • Maklumat pengguna dan langganan - bahagian ini memaparkan maklumat pengguna dan langganan untuk ClassPoint. Jika anda pengguna akaun percuma (basic), akan terdapat menu upgrade to pro di bahagian ini. Jika anda pengguna akaun Pro, status langganan boleh dilihat apabila anda klik pada nama akaun anda.


  • Fungsi annotation - pada bahagian ini anda boleh tetapkan warna pen yang akan digunakan semasa slaid. Anda bebas memilih warna yang disukai. Di bahagian ini juga anda boleh menetapkan latar belakang whiteboard. Anda juga boleh menambah latar belakang yang dikehendaki. Penggunaan whiteboard ini boleh diaktifkan pada mana-mana slaid yang memerlukan fungsi whiteboard semasa slide show. 



  • Fungsi kuiz interaktif - terdapat 5 jenis kuiz interaktif yang boleh disetkan ke dalam slaid iaitu 1. multiple choice, 2. word cloud, 3. short answer, 4. slide drawing dan 5. image upload. Untuk menggunakan fungsi ini, guru terlebih dahulu perlu mereka bentuk slaid yang bersesuaian dengan jenis soalan. Kemudian, barulah button bagi kuiz ditambahkan ke slaid. Terdapat tetapan yang perlu dibuat semasa menambahkan button ke slaid. Contoh setiap jenis soalan interaktif adalah seperti di bawah. 






  • Fungsi tetapan slaid persembahan - fungsi ini membolehkan tetapan untuk on / off toolbar, classcode dan audience slide viewer.

  • Fungsi review - pada bahagian ini anda boleh berkongsikan slaid ke dalam bentuk pdf secara terus. Setelah butang share PDF diklik, secara automatik slaid anda akan ditukarkan ke pdf, dimaut naik dan suatu pautan dan QR code akan terus keluar setelah proses ini berjaya. Selain itu, anda juga boleh melihat leaderboard yang merupakan papan markah bagi soalan objektif yang disetkan sebagai mod pertandingan dan memilih untuk memadam semua respon yang dikutip. 

  • Fungsi help - pada bahagian ini anda boleh mendapatkan maklumat bagaimana ingin bermula dengan ClassPoint, mendapatkan bantuan dari meja bantuan, memberikan maklum balas tentang aplikasi ClassPoint serta mendapatkan maklumat tentang versi aplikasi yang dipasang. 


Sekian perkongsian saya pada kali ini. Jom sama-sama nantikan perkongsian yang seterusnya :

  • Cara Guru Menggunakan Aplikasi ClassPoint
  • Cara Murid Menyertai Kuiz Interaktif ClassPoint

Stay tune!

Semoga bermanfaat untuk anda.

Jemput komen dan kongsikan untuk manfaat bersama.

Cikgu Ridzuan Al-Kindy



Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(365)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top