Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Alla s.w.t. kerana berpeluang berkongsi ilmu dengan para pendidikan dalam Bengkel Pemantapan DELIMa Clinic Siri 18.0 - Jom Teams anjuran SSTP Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Putrajaya. Saya telah menerima jemputan dan Pn Noor Arina bt Mohamed Bakri yang merupakan salah seorang pegawai SSTP JPWP Putrajaya. Bersama-sama dengan saya juga adalah rakan dan juga sifu saya iaitu En Zulhilmi bin Ahmad, Customer Success Manager (PSG: Education), Microsoft Malaysia. Terima kasih atas jemputan dari pihak SSTP JPWP Putrajaya.
Pengisian Bengkel
Bengkel berlangsung selama lebih kurang 3 jam ini membolehkan saya menyampaikan sesi dengan agak mendalam berbanding sesi-sesi sebelum ini yang hanya diberikan sekitar 1 jam hingga 1 jam 30 minit. Antara pengisian yang dikongsikan ialah:
✅ Jom kenali Ms Teams.
✅ Bagaimana mengakses dan memasang Ms Teams.
✅ Fungsi-fungsi Asas Ms Teams.
✅ Mencipta Teams untuk PdP
✅ Mari berbual dan berkongsi fail dalam Ms Teams.
✅ Meet dalam Ms Teams.
✅ Membuat tugasan dan menggred dalam Ms Teams.
✅ Gunakan Class Notebook dalam Ms Teams.
En Zulhilmi Ahmad turut berkongsikan updates fungsi-fungsi terkini dalam aplikasi Microsoft Teams yang sangat menarik. Antaranya ialah:
🪄 Reporter and Side-by-Side options in Presenter Mode
🪄 Live Captions and Live Transcript
🪄 Reading Progress.
Alhamdulillah respon yang diberikan oleh para penonton amatlah memberangsangkan. Ramai juga para peserta yang mengikuti sesi hands-on yang dijalankan. Tahniah diucapkan atas penglibatan semasa sesi hands-on tersebut. Di penghujung sesi, pihak penganjur turut menyediakan kuiz berdasarkan pengisian yang telah disampaikan sepanjang sesi. Tahniah diucapkan kepada 5 orang guru yang menjawab kuiz dengan tepat dan terpantas. Hadiah adalah ditaja oleh Microsoft Malaysia.
Rakaman Sesi
Bagi yang berminat untuk menonton rakaman sesi, anda bolehlah menontonnya melalui video berikut:
Pautan terus ke aplikasi YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=Cee4ZWCMqII
Slaid Sesi Bengkel
Sebagai panduan rakan-rakan guru yang ingin mempelajari tentang aplikasi Microsoft Teams, anda boleh dapatkan salinan slaid dari rak buku digital saya.
Pautan : http://online.anyflip.com/fzatu/kctc/mobile/index.html
Pautan untuk muat turun: E-Book Bengkel Pemantapan DELIMa Clinic 18.0 - Jom Teams-Cikgu Ridzuan Al-Kindy Flip PDF | AnyFlip
Semoga bermanfaat untuk anda.