Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Mungkin anda pernah berhadapan dengan PC Wndows 10 anda yang lembab setelah sekian lama digunakan. Padahal semasa anda baru beli atau baru format PC Windows 10 anda sememangnya dalam keadaan terbaik. Sebenarnya terdapat banyak faktor yang menyebabkan PC anda lembab setelah digunakan sekian lama, antaranya tidak mengemaskini perisian, tidak kemaskini sisipan keselamatan dan definisi Windows Defender ataupun anda mungkin telahpun terjerat dengan aktiviti pancingan yang menyerupai antivirus yang akan terima semasa melayari internet di pelayar.
Akiviti pancingan (phishing) ini merupakan suatu kaedah untuk membuatkan pengguna klik kepada iklan yang dibuat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kebiasaanya mereka akan menggunakan suatu iklan yang menarik perhatian pengguna seperti aplikasi percuma, perisian antivirus percuma dan sebagainya. Berikut adalah contoh aktiviti pancingan yang menggunakan iklan antivirus yang pernah saya terima:
Berdasarkan contoh di atas, dinyatakan bahawa langganan saya untuk antivirus jenama tersebut hanya tinggal 10 hari sahaja lagi. Sedangkan saya tidak pernahpun memasang antivirus ini di PC. Kebiasaannya iaiya disertai dengan suatu butang yang mengkehendaki penggunan klik butang tersebut. Sebagai contoh, butang OK yang naik dinotifikasi pelayar saya seperti di atas.
Apa yang berlaku jika anda klik butang tersebut? Anda akan dibawa ke suatu laman yang lain yang mungkin meminta anda memuat turun dan memasang aplikasi yang kononnya antivirus di PC anda. Di sinilah bermulanya bibit-bibit yang membuatkan PC anda lembab.
Windows Security
Bagi pengguna PC yang menggunakan sistem operasi Windows 10, anda sebenarnya telah dilengkapi dengan Windows Security untuk melindungi PC anda daripada ancaman siber. Antara fungsi yang telah termasuk dalam Windows Security adalah virus & threat protection, account protection, firewall & network protection, app & browser control, device security, device performance & health serta family option.
Namun, mesti ingat bahawa semua fungsi ini tidak akan bertindak secara optimum jika anda tidak membuat sebarang kemaskini (update). Oleh itu, sangat penting untuk anda pastikan bahawa Virus & threat protection sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
Selain daripada itu, untuk memastikan PC Windows 10 anda berada dalam keadaan yang yang optimum, anda juga perlu pastikan Windows Update dibuat secara berkala. Hal ini kerana, Microsoft akan sentiasa memberikan kemaskini keselamatan untuk windows berdasarkan ancaman keselamatan yang mungkin muncul dari semasa ke semasa. Dalam windows update ini, kemaskini yang diberikan adalah termasuk kemaskini virus & threat untuk Windows Security.
Jadi, jangan lupa untuk kemaskini windows dan definisi Windows Security untuk memastikan PC anda berada dalam keadaan yang selamat dan beroperasi secara optimum.
Semoga bermanfaat untuk anda.