Aplikasi Abakus Digital Untuk Matematik: Soroban

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pengenalan Kepada Abakus 

Abakus atau juga dikenali sebagai sempoa merupakan sebuah alatan penting dalam pembelajaran Matematik. Secara ringkasnya, abakus telahpun digunakan secara meluas di Eropah, Rusia dan China beberapa abad sebelum sistem penomboran Hindu-Arabic diperkenalkan (seperti yang digunakan sekarang).

Pelbagai jenis abakus yang digunakan merentas tamadun di dunia


Sistem Penomboran Hindu-Arabic yang berkembang dan akhirnya digunakan hingga kini


Abakus Standard dalam Kurikulum di Malaysia

Abakus yang juga mengalami evolusi berabad lamanya kini masih digunapakai. Di Malaysia, untuk keselarasan dalam kurikulum Matematik (KBSR, KSSR dan KSSR Semakan 2017) kita menggunakan abakus yang berasal dari Jepun (Soroban). Abakus jenis ini mempunyai  beberapa bahagian iaitu bingkai, palang pemisah, tiang dan manik-manik. Abacus jenis ini mempunyai sebiji manik di atas palang pemisah dan empat biji di bawah palang pemisah. 

Bahagian-bahagian Abakus


Bagi yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut tentang abakus, boleh layari: http://abakuscikgunass.blogspot.com/


Aplikasi Abakus Digital

Namun, seiring dengan kecanggihan teknologi, terdapat juga aplikasi abakus digital yang dihasilkan. Antaranya ialah aplikasi Soroban. Aplikasi ini membolehkan pengguna menggunakan abakus secara digital dengan semudah mengklik pada tetikus untuk menggerakkan manik pada abakus. Bagi yang mempunyai peranti touch screen, anda juga boleh menggunakannya dengan menyentuh pada skrin untuk menggerakkan manik. Namun, untuk menjalankan aplikasi, peranti perlulah menggunakan sistem operasi Windows.  



Bagi yang berminat untuk mendapatkan aplikasi ini, boleh layari: 


Salinan di OneDrive: http://tiny.cc/soroban200

Semestinya aplikasi ini adalah percuma

Semoga bermanfaat untuk anda.

Cikgu Ridzuan Al-Kindy

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(365)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top