Top 30 #CikguJuara Digital 2021

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana saya merupakan salah seorang Top 30 #CikguJuaraDigital 2021.  Pencalonan #CikguJuaraDigital ini adalah  anjuran MDEC bagi mengiktiraf guru-guru yang terlibat aktif dalam penggunaan teknologi digital dalam PdP / PdPR serta berkongsi ilmu tersebut dengan para pendidik melalui program-program yang dianjurkan dengan kerjasama Sekolah / PPD / JPN / Bahagian-bahagian KPM mahupun jaringan kerjasama dengan organisasi lain. 



Top 30 #Cikgu Juara Digital 2021

Tahniah saya ucapkan buat semua Top 30 #CikguJuaraDigital yang hebat dalam penggunaan teknologi digital di tempat masing-masing. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat rakan saya Cikgu El Gamillo Habibun Tan kerana telah dinobatkan sebagai Juara #CikguJuaraDigital 2021. 




#CikguJuaraDigital Adalah Sebuah Tanggungjawab

Alhamdulillah, sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, saya telah terlibat dalam beberapa program bagi membantu rakan-rakan guru tentang penggunaan teknologi digital. Pengalaman ini merupakan suatu yang sangat hebat di mana saya belajar untuk menganjurkan program-program untuk guru-guru disamping menambahkan pengetahuan melalui pengalaman semasa merancang, melaksana dan mendapatkan maklumbalas pasca program. 

Bersama-sama dengan pengiktirafan ini, ianya hadir bersama-sama sebuah amanah bagi terus cemerlang dalam kerja buat dalam bidang pendidikan ini. InsyaAllah dengan pengiktirafan ini, saya akan teruskan usaha saya menggunakan teknologi digital untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan seterusnya berkongsi dengan rakan-rakan guru di luar sana penggunaan teknologi digital dalam pendidikan. 

Tanggungjawab ini sebenarnya berat. Namun, dengan sokongan famili, rakan seperjuangan dan semua guru bakal memberikan impak hebat kepada iltizam dan semangat untuk meneruskan peekongsian tentang teknologi digital. Namun, saya dapat rasakan kebersamaan rakan-rakan Top 30 #CikguJuaraDigital ini yang sememangnya hebat-hebat belaka yang sering tak lokek untuk membantu apabila diminta. 


Setinggi-tinggi Penghargaan

Di kesempatan menulis ini, ingin saya merakamkan terima kasih buat famili tercinta, isteri dan anak yang sentiasa menjadi inspirasi, mak dan ayah, umi dan abah serta seluruh keluarga yang menyokong dengan semangat dan dorongan tanpa titik sempadan. 

Terima kasih buat sahabat seperjuangan saya Famili Admin Digital Classroom Malaysia (DCA Family) yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta peluang bersama-sama dengan anda semua, terutamanya Dr Azma, Cikgu Aman, Kak Ct Bella dan semua DCA Family. Anda adalah titik tolak saya berinovasi dalam penggunaan teknologi digital dan juga inspirasi saya. 

Seterusnya, penghargaan buat rakan-rakan seperjuangan di tempat saya pernah bertugas, iaitu 1. SK Parish, Balingian, Sarawak, 2. SK Baling, Kedah dan 3. SK Jalan Selama, Serdang, Kedah yang memberi ruang untuk saya memperkembang kemahiran digital yang diperolehi. Tidak dilupakan, rakan-rakan warga pendidikan yang mengenali saya dan sentiasa memberi sokongan dengan kata-kata semangat dan positif melalui media sosial saya. Terima kasih semua. 

Terima kasih juga diucapkan kepada MDEC terutama En Johan Termizi yang banyak membantu #CikguJuaraDigital dengan menyediakan sesi latihan yang cukup bermakna buat saya dan rakan-rakan. Terima kasih atas peluang yang diberikan. 

Terima kasih atas hadiah yang cukup bermakna buat saya dan rakan-rakan #CJD 2021





Semoga kejayaan ini menaikkan lagi semangat buat diri ini untuk terus menabur bakti dalam perkembangan pendidikan digital di Malaysia. 

Bagi yang berminat untuk memohon sebagai CikguJuaraDigital, boleh rujuk di sini: Cikgu Juara Digital - mydigitalmaker | MDEC

Sekian perkongsian saya, semoga bermanfaat.

Cikgu Ridzuan Al-Kindy

Tags

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(365)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top