Header Ads Widget

Rak Buku Digital - Tutorial Pembelajaran Digital

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setelah beberapa siri webinar pembelajaran digital yang saya sampaikan dalam tahun 2020 hingga 2021, saya dapat menghasilkan bahan berupa e-book untuk rujukan rakan-rakan guru di luar sana.

Untuk memudahkan rakan-rakan guru mendapatkan e-book tersebut, saya telah mengambil inisitif untuk mewujudkan rak buku digital menggunakan aplikasi dari portal AnyFlip. Portal AnyFlip ini bukan sahaja membolehkan saya memuatnaik pdf untuk dijadikan e-book, malah ianya turut menyediakan perkhidmatan untuk mencipta rak buku digital secara percuma.



Pautan ke koleksi: http://www.anyflip.com/bookcase/lpwww


Antara judul e-book yang terdapat dalam Rak Buku Digital saya ialah:

  • Tutorial Penghasilan Poster Menggunakan Canva
  • Creating Lesson Video Using PowerPoint
  • Membina Bahan E-Pembelajaran Menggunakan Microsoft Onenote dan Form
  • Transformasi Pembelajaran Menggunakan Microsoft Teams
  • Modern Classroom Experience – Getting Start With Onenote
  • Ms Drive-thru Virtual Event – PLC Teams
  • PdPR Guna Ms Teams DELIMa
  • Teknik Asas Greenscreen dan OBS

InsyaAllah saya akan tambahkan koleksi e-book dari semasa ke semasa.

Semoga bermanfaat.

Cikgu Ridzuan Al-Kindy

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Menarik dan bermakna laman ini.Syabas Cikgu Ridzuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas sokongan. Blog ni dalam proses pembangunan semula. InsyaAllah akan terus ditambahbaik lagi.

      Padam