Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, setelah beberapa siri webinar pembelajaran digital yang saya sampaikan dalam tahun 2020 hingga 2021, saya dapat menghasilkan bahan berupa e-book untuk rujukan rakan-rakan guru di luar sana.
Untuk memudahkan rakan-rakan guru mendapatkan e-book tersebut, saya telah mengambil inisitif untuk mewujudkan rak buku digital menggunakan aplikasi dari portal AnyFlip. Portal AnyFlip ini bukan sahaja membolehkan saya memuatnaik pdf untuk dijadikan e-book, malah ianya turut menyediakan perkhidmatan untuk mencipta rak buku digital secara percuma.
Pautan ke koleksi: http://www.anyflip.com/bookcase/lpwww
Antara judul e-book yang terdapat dalam Rak Buku Digital saya ialah:
- Tutorial Penghasilan Poster Menggunakan Canva
- Creating Lesson Video Using PowerPoint
- Membina Bahan E-Pembelajaran Menggunakan Microsoft Onenote dan Form
- Transformasi Pembelajaran Menggunakan Microsoft Teams
- Modern Classroom Experience – Getting Start With Onenote
- Ms Drive-thru Virtual Event – PLC Teams
- PdPR Guna Ms Teams DELIMa
- Teknik Asas Greenscreen dan OBS
InsyaAllah saya akan tambahkan koleksi e-book dari semasa ke semasa.
Semoga bermanfaat.
Cikgu Ridzuan Al-Kindy
Menarik dan bermakna laman ini.Syabas Cikgu Ridzuan
BalasPadamTerima kasih atas sokongan. Blog ni dalam proses pembangunan semula. InsyaAllah akan terus ditambahbaik lagi.
Padam