Buku Teks Matematik Tahun 6 KSSR (Semakan 2017)

2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari ini, ingin saya kongsikan salinan Buku Teks Matematik Tahun 6 KSSR (Semakan 2017) SK untuk rujukan guru-guru semua. 



Saya ingin mengingatkan bahawa buku teks digital ini adalah hanya untuk kegunaan pembelajaran dan rujukan sahaja. 


Semoga bermanfaat untuk anda.

Cikgu Ridzuan Al-Kindy

Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Salam cgu ridzuan tahniah... Alhamdulilah anak anak saya dah habis belajar prkt pri&secondary. Nak tanya skit... Betul ker silibus matematik sek rendah sgt tinggi hingga sukar dicapai oleh kebanyakan pelajar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummus salam. Terima kasih. Ya, silibus kini agak mencabar buat anak-anak sekolah rendah dan juga menengah. Saya tak boleh nak nafikan kerana kemahiran agak banyak berbanding dulu (KBSR), dan aras kemahiran juga ada yang diturunkan dari sekolah menengah ke rendah, dan dari Tahun yang tinggi ke Tahun yang rendah. Namun, silibus disemak oleh pihak berwajib mengikut perkembangan semasa yang mana ianya di luar bidang kuasa guru.

      Namun, sebagai guru boleh menggabungkan kemahiran tertentu yang mempunyai kemahiran yang sama. Misalnya operasi tambah, tolak, darab bahagi untuk nombor boleh digabungkan bersama dengan tajuk wang dan ukuran asas misalnya bagi menyingkatkan masa pembelajaran.

      Untuk membantu anak-anak, para ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak menguasai fakta asas 4 operasi utama. Boleh selitkan soalan fakta asas ni semasa perbualan keluarga, semasa travel dalam kereta dan lain-lain. Seperti zaman2 kita dulu2 berbanding dengan zaman kini, anak-anak lebih suka main gajet. InsyaAllah dengan penguasaan fakta asas, anak-anak akan lebih mudah mempelajari kemahiran Matematik yang lain. Masalah yang dihadapi kini adalah anak-anak kurang menguasai fakta asas yang menyebabkan mereka rasa sukar untuk menjawab walaupun hanya soalan 4 operasi asas.

      Bila anak-anak lemah fakta asas, anak-anak akan cenderung kepada tidak lagi berminat kepada matematik yang banyak berlaku sekarang. Tapi bagi anak-anak yang mahir fakta asas, mereka lebih mudah mempelajari matematik dan ada yang mampu mencapai Tahap Penguasaan 6 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(365)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top