Tutorial Membina Video PdP / PdPR Menggunakan PowerPoint

6
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari ini ingin saya kongsikan totorial bagaimana untuk menghasilkan video PdP / PdPR mudah menggunakan aplikasi PowerPoint. Mungkin para pembaca telah terbiasa menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint sebagai aplikasi untuk membuat slaid persembahan. Namun sebenarnya, aplikasi PowerPoint kini telahpun berubah dan lebih canggih daripada yang dahulu.



Fungsi PowerPoint untuk Penghasilan Video

Sebenarnya terdapat banyak perubahan dari segi fungsi dalam aplikasi PowerPoint. PowerPoint merupakan salah satu daripada aplikasi dalam Office 365 (kini dikenali sebagai Microsoft 365). Dalam aplikasi PowerPoint yang terkini, terdapat banyak fungsi yang membolehkan para pengguna mereka bentuk video pembelajaran dengan sangat mudah. Antaranya ialah Insert, AnimationTransition, Design dan Export to Video.

1. Insert

Menu Insert dalam aplikasi PowerPoint

Dalam menu Insert ini pelbagai elemen media yang boleh dimasukkan antaranya imej, video, audio, shapes, icon, 3D models dan beberapa elemen yang lain. Dengan fungsi Insert Picture > Online Pictures, para pengguna boleh terus membuat carian imej yang dikhendaki untuk dimasukkan terus ke dalam slaid. Apa yang lebih menarik, secara default tetapan carian ditetapkan kepada Creative Common Only  yang membawa maksud hasil carian boleh digunakan untuk tujuan penghasilan bahan tanpa perlu memohon lesen daripada pemilik karya. Fungsi ini sangat memudahkan para pengguna untuk mencari imej latar (background) dan imej-imej lain yang bersesuaian dengan sangat mudah! 




2. Animation

PowerPoint juga menyediakan banyak animasi untuk digunakan pada setiap elemen media yang dimasukkan ke dalam slaid. Penggunaan boleh menetapkan animasi entrance, emphasis, exit dan motion part yang boleh disesuaikan dengan kehendak anda!

Pelbagai animasi yang boleh dipilih oleh pengguna


3. Transition

Transition merujuk kepada kesan khas untuk peralihan dari satu slaid ke slaid yang berikutnya. Dengan PowerPoint yang terkini, kini pelbagai transition ditambahkan untuk menjadikan slaid anda lebih menarik. Fungsi transition ini hampir menyamai fungsi transition effect dalam aplikasi pengeditan video seperti Wondershare Filmora, Movavie Suite yang yang lain.

 
Pembagai transition yang boleh menjadikan pergerakan slaid ke slaid lebih interaktif


4. Design

Design merupakan fungsi asas yang penting dalam PowerPoint. Fungsi ini membolehkan pengguna menetapkan tema bagi slaid supaya selaras bagi keseluruhan slaid. Namun, bagi pengguna yang memerlukan reka bentuk yang lebih segar, anda boleh menggunakan fungsi Design Idea. Fungsi ini hanya tersedia dalam PowerPoint Microsoft 365. Fungsi Design Idea ini merupakan suatu teknologi berupa Artificial Intelligence (AI) yang mencadangkan design yang sesuai sama ada dari slaid yang kosong atau media yang anda masukkan ke slaid. Wow!

Fungsi Design Idea yang memudahkan pengguna mereka bentuk slaid dengan cantik dan pantas


5. Export to Video

Fungsi yang terpenting dalam penghasilan video di PowerPoint adalah fungsi Export to Video. Fungsi ini membolehkan anda untuk menyimpan kesemua slaid yang telah anda reka bentuk beserta animation dan transition ke dalam bentuk video berformat *.mp4. Segala tetapan anda pada slaid iaitu transition dan animation akan disimpan bersama ke dalam video yang anda eksport. Anda boleh menyimpan video dalam beberapa pilihan resolusi, sama ada resolusi standard (480p), HD (720p), Full HD (1080p) dan yang tertinggi yang beresolusi Ultra HD 4K. Wow! Namun, untuk tujuan muat naik di YouTube, penggunaan resolusi Full HD (1080p) telah pun memadai. Jika anda mahu simpan video anda dalam resolusi yang tetinggi, pastikan spesifikasi komputer anda mampu untuk menampung format tersebut dan masa yang diambil untuk menyimpan video bergantung kepada kemampuan processor dan graphic card komputer anda. 

Pilihan resolusi video yang ditawarkan semasa anda eksport video anda. 




Tutorial Membina Video PdP Menggunakan PowerPoint

Bagi para pembaca yang berminat untuk mengikuti tutorial untuk membina video PdP / PdPR menggunakan aplikasi PowerPoint, anda bolehkan menonton video tutorial yang dilampirkan di bawah:


Pautan ke video di YouTube: https://youtu.be/nlAkwZEPEpM

Diharapkan perkongsian saya pada kali ini dapat memberi sedikit panduan buat para pembaca sekalian. Jangan lupa untuk memcuba bina video PdP / PdPR anda sendiri dengan mudah menggunakan PowerPoint. 

Semoga bermanfaat.

Cikgu Ridzuan Al-Kindy

Catat Ulasan

6 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(365)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top