Panduan Penggunaan Microsoft Teams untuk PdPR

4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, para hari ini ingin saya kongsikan sedikit panduan untuk menggunakan Aplikasi Microsoft Teams untuk tujuan PdPR. Aplikasi Microosft Teams merupakan sebuah aplikasi yang boleh digunakan sebagai aplikasi / sistem pengurusan pembelajaran - learning management system (LMS) yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang menarik. Antaranya ialah telesidang video (meet), perbualan (conversation), perkongsian fail (file sharing), buku nota digital (Notebook) serta tugasan dan pengredan (Assignment & Grade). Pendek kata ianya adalah sebuah aplikasi yang lengkap dan boleh diintegrasikan dengan penggunaan fail Office / Microsoft 365 dan ribuan aplikasi lain lagi. 


Microsoft Teams dengan fungsi penuh adalah suatu perkhidmatan berbayar. Namun, para guru dan murid-murid sekolah / institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), boleh menggunakan aplikasi Microsoft Team ini dengan menggunakan ID DELIMa yang dibekalkan. Bagi guru-guru sekolah swasta pula, anda masih boleh menggunakan aplikasi Microsoft Teams personal secara percuma yang akan saya terangkan pada penulisan yang lain. 

Fungsi Asas Microsoft Teams dengan ID DELIMa

DELIMa adalah akronim bagi Digital Educational Learning Initiative Malaysia yang merupakan sebuah inisiatif KPM dengan menghimpunkan pelbagai aplikasi merentas platform dalam satu portal. Antaranya ialah aplikasi Microsoft termasuklah Microsoft Teams. Fungsi dalam aplikasi ini berbeza mengikut jenis teams yang dicipta.


Untuk tujuan PdP / PdPR, jenis teams yang dicadangkan adalah Class Teams yang merangkumi kesemua lima fungsi asas iaitu post (conversation), files sharing, Class Notebook, meet, assignment dan grades

1. Post (Conversation)
Fungsi ini merupakan bahagian utama dalam sesebuah team di mana segala perbualan / perbincangan / pengumuman serta notifikasi perkongsian bahan, tugasan dan pengredan dipaparkan.


 
2. File Sharing
Fungsi ini membolehkan pengguna berkongsi fail sesama ahli team. Fail-fail yang boleh dikongsi adalah semua fail Office 365, pdf, imej, video dan sebagainya. Anda juga boleh berkolaborasi menggunakan fail-fail yang dimuat naik, misalnya untuk menyiapkan slaid PowerPoint secara real time bersama ahli-ahli teams yang lain. 



3. Class Notebook
Class Notebook merupakan suatu aplikasi digital yang menyerupai buku nota dan latihan. Fungsi ini membolehkan guru mengakses buku nota dan latihan murid-murid yang berada dalam team yang sama. Sebaliknya, murid tidak boleh melihat buku nota dan latihan rakan-rakan mereka yang lain. Guru-guru boleh menghantar tugasan (distribute) suatu bahan secara serentak kepada semua buku nota dan latihan murid. Setelah itu, guru dapat mengakses buku nota dan latihan murid satu persatu dan menggunakan fungsi Draw untuk menyemak secara digital ink.



4. Meet
Inilah fungsi yang kebanyakan guru gemar gunakan iaitu meet. Fungsi ini membolehkan guru berinteraksi dengan murid secara real time secara telesidang video. Dalam fungsi meet ini, guru-guru boleh memuatnaik Slaid PowerPoint untuk menggunakan bersama fungsi draw serta boleh menggunakan Whiteboard untuk digital ink sehala ataupun secara kolaboratif dengan murid. Fungsi together mode juga merupakan suatu yang menarik di mana akan memaparkan video sususan peserta seolah-olah mereka berada dalam suatu bilik kuliah yang sama. 



5. Assignment and grade
Assignment pula merupukan fungsi yang boleh digunakan untuk memberikan tugasan kepada setiap murid yang menjadi ahli team. Guru boleh menetapkan arahan tugasan atau kuiz melalui Microsoft Form kepada murid. Selain itu, guru boleh memasukkan rubrik dan tarikh akhir tugasan. Setelah murid menghantar tugasan, guru boleh menyemak dan memasukkan markah pada fungsi Grade. Namun, jika guru menggunakan Kuiz Microsoft Form dalam Assignment, markah akan dipindahkan secara automatik ke dalam Grade. 



Demikian 5 fungsi utama aplikasi Microsoft Teams yang boleh digunakan untuk tujuan PdPR. Sangat menarik bukan? Bagi para pembaca yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut tentang penggunaan Microsoft Teams untuk PdPR, anda bolehlah menonton video berikut:

Semoga bermanfaat buat anda.

Cikgu Ridzuan Al-Kindy

Catat Ulasan

4 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(365)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top